Hari Guru Terengganu Meriah

Para guru membaca Ikrar Hari Guru pada Majlis Sambutan Hari Guru ke-41 Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu Kuala Terengganu, kelmarin.

Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Terengganu di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak di Kuala Terengganu semalam berjalan lancar dan meriah. Bekas Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Terengganu, Mohd. Nor Othman, 60, telah dinobatkan sebagai Tokoh Guru Negeri sempena majlis sambutan Hari Guru ke-41 peringkat negeri tahun ini.

Beliau ketika ditemui selepas majlis tersebut, menyifatkan kerjaya sebagai guru selama 32 tahun adalah mencabar dan menganggapnya sebagai ibadah untuk memotivasikan dirinya melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan cemerlang. Beliau yang juga Anggota Parlimen Hulu Terengganu berazam terus memberi sumbangan terhadap sektor pendidikan selaras dengan hasrat kerajaan negeri Terengganu yang mahu dikenali sebagai negeri anjung ilmu dan kuasa baru pendidikan tanah air.

“Walaupun sudah bersara daripada arena perguruan, sebagai Anggota Parlimen saya tetap berjuang terutamanya dalam isu pendidikan. Malah saya masih lagi melibatkan diri dengan kegiatan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) daerah,” katanya Sebelum itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah menyampaikan Anugerah Tokoh Guru Negeri 2012 kepada beliau. Mohd. Nor adalah lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Pengajian Pendidikan Sejarah pada 1971 dan mula bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Telanai, Kuala Terengganu, pada 1976.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Pendidikan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s