Kementerian Luar Bandar Umum Peruntukan Tambahan RM800,000 Untuk Ketengah

HULU TERENGGANU, 21 Mei (Bernama) — Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengumumkan peruntukan tambahan RM500,000 untuk membaiki dan menaik taraf jalan raya di semua kampung di kawasan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).

Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang mengadakan program turun padang di Kampung Basung dekat sini, juga turut mengumumkan peruntukan RM300,000 bagi membaik pulih dan membesarkan masjid di kampung itu.

“Sepanjang saya menjadi ‘menteri kampung ini’, hampir 15,000 kampung telah saya jelajahi daripada keseluruhan 25,000 kampung yang ada di Malaysia.

“Kerajaan sentiasa memikirkan cara untuk memajukan taraf hidup penduduk di kampung supaya jurang ekonomi antara kampung dan bandar tidak ketara,” katanya ketika ditemui Bernama pada program itu pada Ahad.

Mohd Shafie berkata peruntukan itu adalah tambahan kepada RM25.41 juta yang diperuntukkan kementeriannya untuk Ketengah sepanjang tahun ini.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kerajaan & Pentadbiran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s