Lima pakej tarikan pelancongan di Terengganu

SEBAHAGIAN daripada peserta yang menyertai konvoi berbasikal pada majlis pelancaran Pakej Berbasikal Terengganu Cuti-cuti 1Malaysia 2012 di Taman Awam Batu Burok, kelmarin.

KUALA TERENGGANU 20 Mei (Utusan) – Sebanyak lima Pakej Berbasikal Cuti-Cuti 1Malaysia Terengganu dilancarkan di sini semalam bagi mempelbagai daya tarikan dan produk pelancongan di negeri ini.

Pengarah Tourism Malaysia negeri, Mohd. Nasir Khusairi berkata, pakej yang dikendali oleh agensi-agensi pelancongan tempatan itu ditawarkan pada harga antara RM150 dan RM859.

”Semasa pelancaran peringkat kebangsaan pada 1 April lalu yang disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen, sebanyak 33 pakej diumumkan dan dua daripadanya di negeri ini,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, berdasarkan sambutan pihak agensi pelancongan, tiga lagi pakej ditawarkan.

”Pihak kementerian mahukan pakej-pakej pelancongan berbasikal dibangunkan dan dipromosikan secara meluas sejajar dengan perubahan cita rasa pelancong antarabangsa kini,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Pemasaran Domestik Tourism Malaysia, Musa Yusof.

Menurut Mohd Nasir, buat permulaan, pakej tertumpu di Kuala Terengganu (sekitar kawasan pusat bandar raya), Setiu (perkampungan nelayan Penarik dan Mangkuk) dan Marang (Lubuk Mandi).

Sementara itu, Musa memberitahu, pakej yang diperkenalkan itu merupakan antara produk pelancongan domestik terbaru Tourism Malaysia sebagai menyokong usaha memelihara dan memulihara alam sekitar di samping mengenali pusat-pusat pelancongan.

“Berbasikal dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan ia turut membantu menyemai budaya gaya hidup sihat,” ujarnya.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Alam sekitar & konservasi, Berita, Permandangan, Pelancongan & Rekreasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s