Masjid lama cetus perpecahan

Oleh KAMARUDIN HAMZAH utusanterengganu@utusan.com.my

MASJID lama Kampung Lak Lok, Besut yang digunakan oleh sekumpulan penduduk sehingga mencetuskan perpecahan sedangkan masjid berdekatan yang baru dibina hanya terletak kira-kira 100 meter dari masjid lama itu.

BESUT 21 Mei – UMNO Bahagian Besut kesal dengan tindakan sekumpulan penduduk yang menggunakan masjid lama Kampung Lak Lok dekat sini untuk mencetuskan perpecahan di kalangan masyarakat.

Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, tindakan kumpulan itu menimbulkan bibit yang tidak menyenangkan kerana kini terdapat sebuah masjid yang baru disiapkan, kira-kira 100 meter dari situ.

Beliau mempersoalkan mengapa kumpulan itu yang memulaukan masjid lama itu selama ini kembali semula ke situ untuk solat berjemaah.

Menurutnya, tindakan sedemikian tidak sepatutnya berlaku memandangkan tujuan membina masjid baru yang berharga lebih daripada daripada RM4 juta adalah untuk menyatupadukan masyarakat di samping beribadat dalam suasana lebih selesa.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Islam, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s