Rusuhan 28 April: Polis Terengganu Tahan Tiga, Masih Buru Seorang

KUALA TERENGGANU, 21 Mei (Bernama) — Polis Terengganu berjaya memburu dan menahan tiga individu yang dipercayai terlibat dalam rusuhan semasa perhimpunan bertukar ganas di ibu negara pada 28 April lepas.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata tiga lelaki terbabit adalah antara empat yang diburu di negeri ini, selepas identiti yang terlibat rusuhan itu didedahkan Bukit Aman awal bulan ini.

Kesemua mereka yang berusia antara 20-an dan 40-an ditahan di rumah masing-masing iaitu dua di Marang dan seorang di Kemaman, manakala seorang lagi yang masih diburu berasal dari Dungun, katanya kepada pemberita, di sini pada Isnin.

Katanya ketiga-tiga lelaki terbabit telah diserahkan kepada Bukit Aman.

Pada 9 Mei lalu, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dilapor memberi tempoh tujuh hari kepada individu yang gambarnya disiarkan polis untuk menyerah diri, bagi membantu siasatan berhubung kejadian rusuhan pada perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang itu.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Jenayah & Mahkamah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s