Mimpi petanda malang

DUNGUN (HMetro): “Saya tidak menyangka mimpi menakutkan termasuk cuba ditembak orang tidak dikenali sejak beberapa malam lalu membawa petanda malang,” kata Che Hasan Che Ali, 52, yang rumahnya di Kampung Rajawali, Pulau Serai, di sini, hangus dalam kebakaran kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, dia bersama isteri dan lapan anak berusia lima hingga 22 tahun gagal menyelamatkan sebarang harta benda kerana api marak terlalu pantas.

Menurutnya, ketika kejadian dia sekeluarga tidur sebelum anaknya, Siti Nur Hajar, 22, mengejutkannya dan memaklumkan rumah mereka terbakar.

“Ketika tidur, saya terbau hangit, namun menyangkakan itu mainan mimpi. Bagaimanapun, saya bingkas bangun selepas anak memaklumkan bahagian dapur rumah terbakar,” katanya.

Che Hasan berkata, dia yang ketakutan mengejutkan isteri dan anak yang lain sebelum mengarahkan mereka menyelamatkan diri.

Katanya, keadaan api yang marak menyebabkan dia gagal menyelamatkan rumah papannya itu sebelum keseluruhan rumahnya hangus dalam tempoh 15 minit.

“Kami tidak mampu berbuat apa-apa kecuali melaungkan azan sambil memohon kepada Allah agar menyelamatkan rumah kami.

“Jiran kami juga gagal dalam usaha mereka memadam kebakaran kerana api marak dengan cepat dan sebaik anggota bomba tiba, rumah kami sudah musnah,” katanya.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s