Skuasy Terengganu yakin cipta kejutan

Oleh Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

BERSANDARKAN kekuatan tiga atlet yang semakin menonjol, skuad skuasy Terengganu yakin membawa pulang pingat pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 di Pahang pada 7 hingga 16 Julai ini.

Memulakan latihan intensif sejak dua tahun lalu, skuad dibimbing jurulatih dari Pakistan, Azhar Gol dan dibantu anak tempatan, Mohd Faisal Ali, berazam mengutip sekurang-kurangnya dua pingat tanpa mengira sebarang kilauan pada temasya itu.

Walaupun mengakui skuad negeri lain mempunyai kehebatan tersendiri, ia tetap tidak mematahkan semangat juang tujuh atlet yang akan mengibarkan bendera Terengganu untuk memburu tempat terbaik.

“Pada saingan 2010 di Melaka, kita hanya mampu mengutip dua perak melalui atlet wanita tapi kali ini dengan kemampuan tiga atlet, Muhd Hafiqzuddin Zulkifli, Putera Hariz Ahmad Ammedza dan Ahmad Khairul Azlan Othman, kita yakin mampu menukar warna pingat itu pada temasya kali ini,” kata Pengerusi Persatuan Skuasy Terengganu, Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri.

Selain itu, beliau berkata, latihan secara sistematik di bawah bimbingan jurulatih import itu bakal menjadi aset terbaik buat Terengganu mengulangi kejayaan gemilang mengutip pingat emas seperti Sukma 2008 di Kuala Terengganu menerusi atlet kebangsaan, Nafizwan Adnan.

“Saya yakin dengan persiapan awal yang diatur, skuad skuasy Terengganu bakal menjadi kuasa baru sukan ini sekali gus berusaha melahirkan pemain setaraf juara dunia, Datuk Nicol Ann David,” katanya.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s