Terkejut dengar bunyi kuat

KEMAMAN (HMetro): “Saya terkejut sebaik mendengar bunyi kuat sebelum melihat bahagian kiri dapur rumah rosak dihempap pokok rambutan menyebabkan saya bergegas membawa isteri dan anak berusia dua tahun keluar dari rumah mengelak kejadian lebih buruk,” kata Adam Halim, 33, seorang mangsa ribut di Kampung Bukit Anak Dara, Kijal, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, 64 rumah di lima kampung di Kijal rosak akibat dipukul ribut yang melanda kawasan terbabit.

Di kalangan kampung terbabit, penduduk di Kampung Bukit Anak Dara paling teruk terjejas apabila 34 rumah di kawasan itu rosak diikuti Kampung Titian Bertayun (22), Kampung Ibai Penunjuk (4), Kampung Che Wan (3) dan sebuah rumah di Kampung Teluk Kalong.

Menurut Adam, dia sekeluarga masuk tidur sebelum jam 11 malam apabila kira-kira 45 minit kemudian dikejutkan bunyi pokok tumbang menghempap bahagian kiri dapur rumah sewanya.

“Syukur pada Tuhan kerana jika bilik tidur kami di hadapan bahagian dapur, pasti sesuatu yang lebih buruk berlaku kerana kami sekeluarga sudah pun tidur ketika itu,” katanya.

“Sejak menyewa rumah itu tujuh tahun lalu, ini kali pertama kejadian seumpama itu berlaku dan saya tidak sangka pokok rambutan di belakang rumah boleh tumbang hingga tercabut akar akibat dilanda ribut,” katanya ketika ditemui meninjau keadaan rumahnya, semalam.

Sementara itu, seorang lagi mangsa ribut di Kampung Bukit Anak Dara, Mohamad Jusoh, 60, berkata ketika kejadian dia bersama isteri, Fatimah Ishak, 45, dan dua anak, Nur Jufadiha, 17, dan Nur Jufarahain, 14, sedang bersiap untuk tidur.

“Kami terdengar bunyi seperti dahan patah tiga kali sebelum bumbung diterbang angin menyebabkan kami empat beranak segera keluar menyelamatkan diri,” katanya.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s