Terengganu popularkan vitato

BESUT 27 Mei – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu mengambil langkah untuk mempopularkan Vitato, sejenis ubi variati baru yang dikatakan boleh menjadi makanan kesihatan dan kecergasan minda.

Pengarah Fama negeri, Hasan Jusoh berkata, untuk itu Fama akan mengadakan beberapa siri promosi masakan ubi berkenaan di negeri ini supaya matlamat dan hasrat tersebut tercapai.

“Sebagai langkah permulaan, kita mengadakan promosi masakan berasaskan Vitato di Besut dan kita harap promosi seumpama ini akan diperluaskan lagi ke seluruh negeri ini pada masa akan datang,” katanya kepada Bernama selepas program masakan “Cook Like a Doctor” anjuran Fama di sini hari ini.

Angkasawan kedua negara Mejar Dr. Faiz Khaleed adalah salah seorang daripada doktor yang menjayakan program yang menampilkan beberapa menu sajian sihat itu.

Hasan berkata mengikut kajian makanan-makanan kesihatan yang dibuat oleh para doktor mendapati Vitato adalah salah satu antaranya.

Beliau berkata, Vitato boleh dijadikan pelbagai kuih-muih seperti kek, puding selain boleh dijadikan makanan pengganti nasi.

Kerajaan juga sedang berusaha untuk menjadikan Vitato sebagai tepung untuk pelbagai guna termasuk membuat bahan asas alat solek dan sebagainya, katanya.

Hasan berkata, usaha Fama itu juga tidak secara langsung membantu penanam-penanam Vitato di negeri ini mendapat ruang pasaran lebih luas selain meningkatkan pendapatan.

“Apa yang kita sasarkan supaya Vitato ini lebih banyak masuk pasaran Pasar Tani di negeri ini pada masa depan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hasan berkata, Fama akan membuka dua lagi lagi Pasar Tani di Terengganu tahun ini menjadikan jumlahnya 19 buah.

Katanya, Pasar Tani baru itu masing-masing di Kuala Ibai di sini dan Kampung Menerong Ajil, Hulu Terengganu. — BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan, Pertanian & Perikanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s