MSNT Tumpu Beberapa Sukan Baru Di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 29 Mei (Bernama) — Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) sedang mengambil langkah mempopularkan beberapa jenis sukan baru yang diharap dapat menjadikan negeri itu cemerlang di bidang sukan pada masa akan datang.

Pengarah MSNT, Zainal Abidin Hussin berkata tindakan yang diambil itu sesuai dengan hasrat kerajaan negeri ingin menjadi kuasa baru sukan di negara ini dan cuba mengenalpasti beberapa kegiatan sukan.

“Kita cuba sukan baru seperti skuasy, renang, gimnastik dan badminton untuk dimaju dan ditingkatkan prestasinya,” katanya kepada Bernama.

Sehubungan dengan itu, Zainal Abidin berkata MSNT menggunakan khidmat jurulatih berpengalaman termasuk dari luar negara untuk membimbing dan melatih atlet sukan berkenaan.

Beliau berkata yang terbaru, MSNT telah mengambil jurulatih kelahiran Pakistan, Azhar Gul, 31, yang pernah berkhidmat di Sarawak untuk melatih dan membimbing atlet skuasy Terengganu.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s