Muzium Terengganu Dijangka Tarik 200,000 Pengunjung Tahun Ini

KUALA TERENGGANU, 29 Mei (Bernama) — Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT) menyediakan 14 program sepanjang tahun ini, yang dijangka menarik lebih 200,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.

Penolong Kurator Perhubungan dan Pemasaran LMNT Mohd Sabri Muda berkata aktiviti bertaraf negeri dan kebangsaan yang akan diadakan termasuk pertandingan ‘Pelita Raya’ pada bulan Ramadan di kawasan Dewan Undangan Negeri Tepoh, di sini.

Beliau menjangka lebih 10,000 pelita akan menyertai pertandingan itu yang bertujuan menghidupkan suasana malam raya.

Program terdekat yang akan dilaksana ialah Forum Perdana Batu Bersurat Terengganu dengan tema – ‘Tiada Yang Lama, Tiada Yang Baru’ pada 15 Jun, katanya kepada Bernama di sini.

Mohd Sabri berkata satu lagi aktiviti yang akan diadakan di perkarangan muzim itu ialah pertandingan melukis citra Terengganu pada 23 hingga 25 Jun, yang terbuka kepada peminat seni lukis di negara ini.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s