JKKK kenal pasti masalah rakyat

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUIutusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 31 Mei – Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said meminta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri ini terutamanya di kawasan yang masih dikuasai pembangkang mengenal pasti masalah yang dihadapi mereka.

Katanya, masalah yang sukar dikesan itu menyebabkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sukar memenangi hati rakyat di sebalik pelbagai usaha yang dilakukan.

Katanya, adalah menghairankan apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam yang dikuasai Pas sejak 33 tahun lalu dan DUN Ladang selama 26 tahun masih gagal dimenangi BN sedangkan terdapat JKKK di kedua-dua kawasan itu untuk menjaga kepentingan penduduk.

“Di mana silap kita? Apa yang kita tidak buat di kawasan ini sehinggakan sukar masyarakat di sana menerima BN sedangkan pemimpin Pas di kawasan tersebut tidak berbuat apa-apa.

“Sebab itu, saya yakin ia berpunca daripada penyakit hasad dengki di kalangan JKKK sehingga menyebabkan perbalahan sesama sendiri dan ini amat bahaya kepada parti jika mahu menang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan lebih 2,000 orang pada majlis perjumpaannya dengan kepimpinan JKKK Daerah Kuala Terengganu di Stadium Negeri di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail dan Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Wan Nawawi Wan Ismail.

Dalam pada itu, Ahmad yakin melalui kesepakatan dan kesungguhan semua pihak UMNO Terengganu dapat merampas sekurang-kurangnya lima kerusi DUN yang dimenangi pembangkang pada pilihan raya umum lalu.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, lima kerusi tersebut mampu ditawan jika semua pihak memainkan peranan bersungguh- sungguh termasuk JKKK kawasan DUN berkaitan.

Katanya, sekiranya tiga kawasan iaitu Ladang, Wakaf Mempelam dan Batu Buruk dimenangi BN pada pilihan raya umum akan datang, kerajaan akan membina lebih banyak rumah kos rendah di kawasan berkenaan demi kepentingan rakyat.

“Sebanyak 1,000 unit akan dibina di Batu Buruk, 1,000 unit lagi di Wakaf Mempelam manakala 500 unit di Ladang tetapi ia akan hanya dibina jika BN menang,” tegasnya.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat, Politik. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s