Ops Kutip Biji Getah

KUALA TERENGGANU 31 Mei – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan memulakan Ops Kutip Biji Getah yang baru mulai Julai ini.

Pengarahnya, Zakaria Mat Zin berkata, melalui operasi yang bertujuan menambah stok bekalan benih getah negara itu RISDA akan mula membeli biji getah daripada pekebun kecil dengan harga RM3 sekilogram.

Sehubungan itu, katanya, petugas akan ditempatkan di 16 pejabat stesen serta enam pejabat cawangan RISDA di seluruh negeri bagi memudahkan urusan pembelian.

“Pekebun kecil yang berhasrat menjual biji getah boleh berhubung terus dengan pegawai tersebut bagi tujuan itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ops Kutip Biji Getah yang diilhamkan Ketua Pengarah RISDA, Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad itu bermula tahun lepas di seluruh negara.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Pertanian & Perikanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s