Dua Maut, Dua Parah Kereta Bertembung Di Marang

MARANG, 1 Jun (Bernama) — Dua maut manakala dua lagi parah apabila kereta yang mereka naiki bertembung di Kilometer 23, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di sini, Jumaat.

Mereka yang maut ialah Minah Abdullah, 64, dari Dungun dan Mohammad Wahyuddin Yahya, 23, dari Kuala Terengganu, manakala yang cedera ialah anak dan cucu Minah iaitu Norzura A. Manan, 30, dan Muhammad Wafiy Zakwan Sabaruddin, 3.

Mereka yang cedera kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan keadaan mereka dilapor stabil.

Kemalangan pada pukul 12.20 tengah hari itu dikatakan berlaku apabila kereta Proton Wira yang dipandu Mohammad Wahyuddin gagal memotong sebuah kenderaan di hadapannya menyebabkannya bertembung dengan kereta Honda Jazz yang dinaiki keluarga berkenaan.

Ketua Polis Daerah Marang DSP Ahmad Mazlan Yahya ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s