Hoki Piala Raja Norasyikin: Terengganu Tidak Letak Harapan Tinggi

KUALA TERENGGANU, 1 Jun (Bernama) — Pasukan hoki wanita Terengganu tidak meletakkan harapan terlalu tinggi pada kejohanan hoki kebangsaan bagi merebut Piala Raja Noora Asyikin (Piala RNA) edisi ke-enam yang akan berlangsung di Seremban mulai 5 hingga 13 Jun ini.

Pengurus pasukan, Raznah Azizan berkata kebanyakan pemain yang akan diturunkan dalam kejohanan itu terdiri daripada muka baru dan mentah pengalaman dalam kejohanan seumpama itu.

“Penyertaan kami dalam kejohanan itu hanya sekadar untuk mencari pengalaman dan pendedahan kepada pemain-pemain muda. Sekiranya mereka berjaya mara ke suku akhir dan mendapat antara empat kumpulan terbaik, ini sudah cukup dianggap bonus buat pasukan,” katanya kepada Bernama di sini pada Jumaat.

Raznah berkata kebanyakan pemain senior yang mewakili Terengganu dalam kejohanan tahun lepas tidak dapat bermain lagi pada musim ini kerana format kejohanan tersebut telah berubah dengan hanya membenarkan pemain bawah umur 22 tahun berbanding 23 tahun pada sebelum ini.

Sehubungan itu, bagi memantapkan pasukan hoki wanita, beliau berkata pasukan itu menjalani latihan bersama pasukan hoki lelaki Terengganu bagi memilih 18 pemain yang akan disenaraikan mewakili pasukan itu selepas pemilihan penting esok (Sabtu).

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s