Terengganu Azam Lahir Jaguh Sukan Permotoran

KUALA TERENGGANU, 1 Jun (Bernama) — Selepas kejayaan melahirkan atlet berbasikal bertaraf dunia, kerajaan Terengganu kini berhasrat menggilap bintang dalam sukan permotoran melalui beberapa program yang akan dijalankan.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata perkara itu tidak mustahil untuk dicapai memandangkan ramai remaja Terengganu dilihat cenderung ke arah bidang tersebut.

“Kita harap melalui program yang akan kita rancang nanti akan lahirlah jaguh dalam perlumbaan motosikal untuk negara pada masa depan,” katanya pada sidang media sempena Program Evolusi Remaja (Evolusi R), di sini pada Jumaat.

Untuk itu juga katanya, kerajaan negeri berusaha membawa beberapa bekas pelumba motosikal negara ke Terengganu dalam program sehari esok itu, untuk didekati remaja yang yang berminat dalam bidang sukan tersebut.

Langkah itu juga diharap dapat menangani isu remaja berpeleseran menjadi ‘jaguh kampung’ dengan terbabit dalam aksi lumba haram, katanya.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s