Dua calon SPM mati lemas

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI pengarang@utusan.com.my

ANGGOTA polis dan bomba memeriksa mayat Mohamad Azrul Azmir Mohd. Maidin@ Sudin dan Muhammad Hanif Izzuddin Musa sebelum dibawa ke Hospital Hulu Terengganu, semalam.

HULU TERENGGANU 3 Jun – Hasrat lapan sahabat yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk meredakan tekanan selepas tamat peperiksaan pertengahan tahun minggu lalu, berakhir dengan tragedi apabila dua daripadanya mati lemas ketika berkelah di Air Terjun Sekayu dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa ialah Mohamad Azrul Azmir Mohd. Maidin@ Sudin berasal dari Seberang Takir dan Muhammad Hanif Izzuddin Musa, dari Gong Badak.

Kedua-duanya yang berusia 17 tahun bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Kuala Terengganu.

Rakan mangsa, Khairul Ikhwan Hakim Mohd. Izman, 17, yang ketika itu berada di tempat kejadian memberitahu, Mohamad Azrul pada mulanya mandi di tepi tebing di bahagian atas namun tiba-tiba tergelincir lalu jatuh ke kawasan yang berbentuk sebuah kawah, sedalam tujuh meter.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s