Projek Ikan Air Tawar Sungai Como Mampu Tingkatkan Hasil Pengeluaran Ikan Negara

HULU TERENGGANU, 4 Jun (Bernama) — Projek ternakan ikan dalam sangkar Sungai Como di kawasan Tasik Kenyir terbukti mampu membantu pengeluaran hasil ikan air tawar untuk pasaran dalam negara.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat berkata projek berimpak besar dalam Zon Industri Akuakultur (ZiA) yang dilancarkan empat tahun lepas itu berjaya menghasilkan ternakan pelbagai jenis ikan air tawar seperti talapia, baung dan keli.

Katanya tahun lepas, projek ternakan ikan air tawar dalam sangkar di Sungai Como melibatkan 2,000 sangkar berjaya menghasilkan sebanyak 3,100 metrik tan ikan air tawar.

“Projek tersebut melibatkan 10 pengusaha dengan sasaran untuk mendaratkan lebih 4,000 metrik tan ikan air tawar sehingga hujung tahun ini bagi pasaran seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan RM200 kepada 80 peserta daripada senarai program e-Kasih, satu usaha yang diperkenalkan kerajaan untuk membantu golongan miskin, bagi daerah Hulu Terengganu.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan, Pertanian & Perikanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s