Keluarga Kanak-kanak Sendi Lembik Harap Nur Fatihah Mampu Sembuh

MARANG, 5 Jun (Bernama) — Keluarga Nur Fatihah Abdul Karim, kanak-kanak yang menghidap penyakit sendi lembik berharap anak mereka segera sembuh selepas kerajaan negeri menghulurkan bantuan menanggung segala kos perubatan anak mereka.

Nur Fatihah, 11, dari Kampung Gong Kiat di sini mengalami penyakit dikenali hilang upaya fungsi otot sejak lahir menyebabkan pergerakan kanak-kanak ini terbatas dengan tangan dan kakinya seakan-akan daun yang terkulai layu.

Bapanya, Abdul Karim Abullah, 39, berkata beliau bersyukur kerana pihak kerajaan negeri berjanji anaknya akan dirujuk secepat mungkin kepada penelitian pakar saraf di hospital milik kerajaan negeri di Kuala Lumpur, iHeal Medical Centre.

“Sebagai ayah, saya pastinya sedih dan tak sanggup melihat anak sendiri begitu tabah mengharungi kepayahan dalam hidupnya.

“Kami ini orang susah, dengan pendapatan hanya tidak seberapa jual ikan. Saya harap dengan pertolongan kerajaan negeri ini, dia (Fatihah) akan sembuh dan kami sekeluarga pastinya orang paling gembira sekali,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s