12 Pemain Galas Cabaran Terengganu Pada Sukma 2012

KUALA TERENGGANU, 11 Jun (Bernama) — Persatuan Boling Padang Terengganu (PBPT) Isnin menyenaraikan 12 pemain termasuk enam wanita untuk membawa cabaran pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-15 di Kuantan, Pahang bulan depan.

Setiausaha PBPT yang juga pengurus pasukan Ahmad Hisham Hassan berkata lapan daripada pemain itu iaitu empat lelaki dan empat wanita pernah beraksi pada SUKMA Melaka 2010.

Katanya beliau yakin Terengganu dapat memperbaiki pencapaian satu emas, dua perak dan tiga gangsa pada SUKMA Melaka.

Berdasarkan pencapaian semasa, kami yakin dapat layak ke peringkat akhir acara beregu, berempat lelaki dan wanita serta perseorangan wanita, katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

SUKMA 2012 akan berlangsung dari 7 hingga 16 Julai ini.

Senarai Pemain Terengganu:

Lelaki: Abdul Hadi Mohd Zawadin, Mohd Roziman Salleh, Amir Mohd Zulfadli Mohd Faizal, Mohd Arshad Aizat Abdul Rahman, Abdul Qaiyum Razak, Mohd Shahril Hafizi.

Wanita: Siti Khuzimah Mamat, Nur Shahizan Ariffin, Syarindah Jaafar, Siti Nur Shahirah Mohd Faizal, Nurul Natasya Mohd Yusof, Nur Hamiza Hany Johari.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s