Eksplorasi keajaiban alam

Oleh AMIR SARIFUDIN amir.mansor@utusan.com.my

Sebahagian daripada pesertaKem Marin 2012 bergambar di pantai Pulau Bidong, baru-baru ini.

SETIU 10 Jun – MENGHARGAI khazanah alam, menjadi tanggungjawab semua orang tanpa mengira kedudukan mahupun usia. Selain menghargainya, khazanah itu juga perlulah dipulihara.

Untuk menjayakan usaha tersebut, pelbagai program kesedaran berkaitan alam dan pemuliharaannya diadakan.

Semuanya dengan tujuan mendidik orang ramai terhadap pentingnya penjagaan alam selain membantu agensi penguat kuasa dalam usaha memulihara khazanah-khazanah berkenaan.

Melalui program dan aktiviti sedemikian, pembabitan orang ramai menghargai khazanah alam dapat membantu usaha-usaha ke arah itu.

Program-program dianjurkan itu turut diserapkan kepada murid-murid sekolah dengan harapan apabila dewasa kelak, mereka akan menjadi golongan pelapis yang bertanggungjawab.

Pemupukan kesedaran menghargai alam ini turut dianjurkan oleh ED Scuba dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Sehubungan itu, ED Scuba dan UMT telah mengadakan program ‘Eksplorasi Keajaiban Alam’ di Pulau Bidong, Setiu, baru-baru ini.

Ia disertai kira-kira 40 murid sekolah kebangsaan dan menengah berusia 7 hingga 17 tahun. Turut serta kalangan ibu bapa.

Kehadiran ibu bapa itu bukan sahaja memberi semangat dan tunjuk ajar kepada anak-anak mereka, malah dapat berkenalan dengan kalangan ibu bapa lain.

Apa yang menarik, program menghargai alam anjuran ED Scuba ini agak unik dan berlainan sekali.

Selain melibatkan aktiviti pembersihan pantai, murid-murid terbabit turut diajar kemahiran menyelam dan memahami sejarah Pulau Bidong yang pernah menjadi penempatan pendatang asing Vietnam.

Seperkara yang paling menarik ialah apabila program berkenaan turut menyelitkan ilmu astronomi melibatkan kejadian alam semesta seperti bintang, bulan, galaksi dan bumi.

Keajaiban kejadian alam semesta itu dikaitkan pula dengan kejadian manusia.

Pengarah Projek Kem Marin 2012 yang juga Pengurus ED Scuba, Nor’ Azlan Mohd. Zain berkata, ia merupakan program kelima seumpamanya dianjurkan oleh ED Scuba.

Namun katanya, program Eksplorasi Keajaiban Alam di Pulau Bidong itu agak berlainan dengan edisi-edisi sebelum ini.

Ini kerana jelas beliau, program kali ini disertakan pelbagai pengetahuan tambahan bagi memupuk kesedaran mengenai pelbagai rahsia dan khazanah yang terdapat di muka bumi dan alam semesta.

”Kita pelbagaikan program kali ini bagi menarik minat murid-murid antaranya aktiviti pelepasan lebih 20 ekor anak penyu hasil kerjasama dengan UMT.

”Peserta program bukan sahaja berpeluang melepaskan anak-anak penyu, malah mereka diberi pengetahuan mengenai kehidupan laut itu,” katanya.

Turut diselitkan pada program berkenaan ialah penjagaan terumbu karang yang bertujuan memulihara khazanah laut di sekitar Pulau Bidong.

”Lebih menarik apabila murid-murid didedahkan dengan ilmu astronomi dan mereka juga dapat meneropong matahari dan bulan menggunakan teleskop yang dibawa khas.

”Para peserta juga berpeluang meninjau keindahan dasar laut melalui aktiviti skuba iaitu satu pengalaman unik dalam menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan,” kata Nor’ Azlan.

Murid-murid itu turut didedahkan kerjaya dalam bidang marin, memulihara dan menjaga alam marin melalui aktiviti ‘coral seeding’ yang dikendalikan oleh UMT.

Dari kejayaan menganjurkan program tersebut, ED Scuba kini merancang beberapa program seumpamanya pada masa akan datang.

Bagi ibu bapa yang berminat memperluaskan lagi minda dan pengetahuan anak-anak mereka boleh menyertai program anjuran ED Scuba dengan menghubungi talian 03-41316900, faks 03- 21665278 atau laman web www.edscuba.com.my.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Pendidikan, Permandangan, Pelancongan & Rekreasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s