Guru takmir perlu kuasai ICT

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 10 Jun – Guru takmir perlu menguasai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang boleh meningkatkan ilmu pengetahuan dan memberi pendedahan meluas kepada mereka berhubung isu-isu semasa.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata, teknologi dapat membantu memberi nilai tambah kepada mereka dalam usaha mendekati masyarakat melalui majlis ilmu yang dianjurkan.

Melalui ICT juga, katanya, guru takmir dapat memberi reaksi segera terhadap pelbagai persoalan yang dibangkitkan masyarakat berhubung pelbagai isu yang berlegar melalui pengetahuan awal yang diperoleh.

“Kita sering mendengar guru takmir mengajar di kampung sejak puluhan tahun dengan topik dan cara sama sahaja dan ia menyebabkan masyarakat mula bosan.

“Justeru, dengan penguasaan internet, guru takmir boleh mempersiapkan diri dengan topik hangat dibicarakan masyarakat agar dapat menarik minat mereka untuk ke masjid atau surau,” katanya ketika berucap merasmikan majlis Tafaqquh Fiddin Perdana Guru Takmir Negeri Terengganu, di sini semalam.

Kata Khazan, sehubungan itu, beliau mencadangkan agar Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) dapat menganjurkan kursus bagi mendedahkan mereka bersama imam dan bilal dengan kemahiran ICT.

Beliau berharap golongan itu dapat mengadakan program setiap kali isu-isu semasa tercetus di dalam dan luar negara bagi memperjelaskan perkara terbabit dalam konteks agama Islam bagi memberi maklumat yang lebih jelas kepada masyarakat.

“Guru agama perlu tahu isu-isu semasa kerana jika ada persoalan yang timbul dalam kalangan masyarakat berkaitan perkara terbabit, mereka dapat menjawab persoalan itu berlandaskan hukum syariat.

“Kita tidak mahu ada di antara guru agama yang apabila disoal berkenaan isu-isu semasa hanya memberi jawapan tidak tahu atau tidak ambil peduli kerana ia akan mengurangkan minat masyarakat untuk hadir pada majlis ilmu,” katanya.

Khazan berkata, jika guru agama gagal berbuat demikian, ia menyebabkan individu yang tidak bertauliah mengambil kesempatan dengan memberi penjelasan sehingga mengelirukan masyarakat.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Pendidikan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s