Ilmu astronomi rungkai rahsia alam

Para peserta eksplorasi keajaiban alam di Pulau Bidong turut didedahkan dengan sejarah pulau berkenaan yang pernah menjadi penempatan pendatang Vietnam.

SETIU 10 Jun Utusan- PROGRAM ‘Eksplorasi Keajaiban Alam’ di Pulau Bidong menjadi pengisian amat bermakna kepada kalangan peserta yang terdiri daripada murid-murid sekolah kebangsaan dan menengah.

Melalui penayangan video dan penerangan dalam program itu, bukan sahaja murid-murid terbabit terpegun, malah kalangan ibu bapa juga tertarik dengan keajaiban bumi dan alam semesta.

Lebih menarik, apabila peserta bersama ibu bapa berpeluang meneropong matahari dan bulan menggunakan teleskop pada program berkenaan.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Falak Negeri Selangor yang juga Penolong Pengurus Besar Telekom Malaysia Research and Development Sdn. Bhd., Sairin Salleh yang diberi tanggungjawab mendedahkan mengenai ilmu astronomi pada program itu berkata, murid-murid terbabit telah menunjukkan minat yang tinggi apabila ditunjukkan video mengenai kejadian alam.

Menurutnya, sebelum ini murid-murid tersebut tidak melalui pengalaman sedemikian apatah lagi mengenai ilmu astronomi.

”Selepas ditayangkan video mengenai kejadian alam, mereka menunjukkan minat dengan pelbagai soalan ditujukan.

”Malah mereka juga sanggup menunggu untuk meneropong matahari dan bulan menggunakan teleskop,” katanya.

Sairin berkata, program Eksplorasi Keajaiban Alam itu turut merungkai mengenai rahsia dan khazanah laut dan angkasa dari perspektif Islam.

”Program anjuran ED Scuba dan Universiti Malaysia Terengganu ini sangat menarik dengan pelbagai pengisian,” katanya.

Menjawab pertanyaan, beliau berkata, pengisian ilmu astronomi pada program tersebut dapat meningkatkan pengetahuan murid-murid dalam pelajaran selain membuka minda mereka mengenai kejadian alam.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Pendidikan, Permandangan, Pelancongan & Rekreasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s