Terengganu Catat Peningkatan 10 Peratus Kes Denggi Tahun Ini

KUALA TERENGGANU, 11 Jun (Bernama) — Terengganu mencatat peningkatan kes demam denggi sebanyak 10 peratus kepada 360 kes dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini berbanding 329 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Daripada jumlah itu, sebanyak 330 kes melibatkan demam denggi dan bakinya kes demam denggi berdarah manakala pada 2011, sebanyak 252 kes ialah demam denggi dan 77 kes demam denggi berdarah.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Anwa Sulaiman berkata antara faktor menyumbang kepada peningkatan itu disebabkan rakyat negeri ini kurang peka terhadap kebersihan dan penjagaan kesihatan mereka.

“Pada masa ini kita dapati hanya 51.9 peratus pesakit yang mendapatkan rawatan dalam tempoh tiga hari selepas mengalami demam sedangkan kematian boleh dielak jika pesakit menerima rawatan yang sempurna seawal mungkin,” katanya kepada Bernama di sini pada Isnin.

Beliau berkata Jabatan Kesihatan negeri dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengatur program gotong-royong secara besar-besaran di seluruh negeri sebanyak empat kali setahun bagi menangani masalah itu.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kesihatan & Kebersihan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s