148 Pemain Sertai Kejohanan PGM Terengganu Masters 2012

KUALA TERENGGANU, 15 Jun (Bernama) — Seramai 148 pemain dari 16 negara mengesahkan untuk menyertai Kejohanan Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM) Terengganu Masters 2012 di Awana Kijal, Kemaman dari 23 hingga 28 Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said berkata kejohanan itu merupakan acara tahunan dalam kalendar aktiviti pelancongan Terengganu.

“Ia merupakan kesinambungan kepada Kejohanan Golf Proton Terengganu Masters 2006 dan 2007 serta Kejohanan Golf Jemputan Terengganu Masters 2008 hingga 2011,” katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.

Beliau berkata pemain yang mengesahkan penyertaan ialah dari England, Austria, Australia, Filipina, Jepun, Amerika Syarikat, Thailand, Taiwan, Korea Selatan, Kanada, Myanmar, Singapura, Indonesia, Ireland, Pakistan dan Malaysia.

Katanya kerajaan Terengganu menyumbangkan peruntukan sebanyak RM300,000 untuk menganjurkan kejohanan tersebut.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s