Abdul Manaf Mamat Kembali Cergas Untuk Bantu Skuad Penyu

KUALA TERENGGANU, 14 Jun (Bernama) — Penyerang Terengganu Abdul Manaf Mamat kembali cergas setelah direhatkan sementara selepas menjalani pembedahan di bahagian buku lali awal bulan lalu.

Pemain yang berusia 25 tahun itu bertekad akan memberikan aksi terbaik jika ketua jurulatih pasukan itu Peter Butler memberi peluang beraksi menentang pasukan T-Team, Jumaat ini.

Katanya beliau yakin mampu mempamerkan aksi kosisten berdasarkan kecederaan yang dialaminya semakin pulih dan kini kembali menjalani sesi latihan seperti biasa.

“Sebelum ini doktor menyarankan sekurang-kurangnya saya berehat selama dua bulan bagi memastikan kecederaan yang dialami betul-betul sembuh.

“Bagaimanapun saya tetap membuat latihan yang ringan bagi mengekalkan stamina, selain turut diturunkan pada perlawanan persahabatan menentang pasukan Pro Duta FC, Sabtu lalu bagi menguji tahap kecergasan,” katanya ketika dihubungi.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s