Guru Dipelawa Sertai Seminar Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

BESUT, 15 Jun (Bernama) — Guru Bahasa Melayu dipelawa menyertai Seminar Kebangsaan Pemantapan Amalan dan Pengajaran Berkesan Bahasa Melayu yang akan diadakan dari 16 hingga 20 Sept depan di Kuching, Sarawak.

Presiden Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM), Prof Madya Dr Hashim Othman berkata seminar itu memberi fokus kepada teknik dan hala tuju baharu dalam pengajaran Bahasa Melayu.

“Ia dianjuran secara bersama PPBMM, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Jabatan Pendidikan Sarawak,” katanya kepada Bernama di sini, pada Jumaat.

Katanya, lebih 30 kertas kerja akan dibentangkan oleh pakar Bahasa Melayu termasuk oleh guru-guru cemerlang Bahasa Melayu dari seluruh negara.

“Guru Bahasa Melayu boleh mendaftar mulai sekarang bagi memastikan mereka tidak ketinggalan kerana tempat adalah terhad,” katanya.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Pendidikan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s