Sukma: Terengganu Pertaruh Tiga Atlet Skuasy Terbaik

KUALA TERENGGANU, 14 Jun (Bernama) — Terengganu mempertaruhkan tiga atlet terbaik mereka dalam acara skuasy bagi mengharungi temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Pahang, bulan depan.

Pengurus pasukan skuasy negeri Mohd Najib Mohd Napis berkata mereka ialah Ahmad Khairul Azlan Othman, Muhammad Faiqhwan Che Zakaria dan Nurina Mohd Najib.

Meskipun enggan menyasarkan sebarang pingat namun beliau yakin skuad skuasy mampu memberi kejutan terutamanya bagi kategori individu wanita berdasarkan prestasi yang ditunjukkan Nurina.

Ketika ditemui selepas sesi latihan di Stadium Negeri di sini pada Khamis, beliau berkata Nurina, atlet berusia 14 tahun, kini berada dalam senarai 10 pemain terbaik pada kejohanan skuasy Terbuka Pulau Pinang minggu lalu.

Katanya beliau yakin pemain yang mendapat bimbingan jurulatih dari Pakistan sejak tiga bulan lalu itu berkemampuan meraih pingat pada kejohanan Sukma.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s