Terengganu perkenal kaunter Skuad Nasihat Ibu Hamil, Khidmat Nasihat Awam

KUALA TERENGGANU 18 Jun Utusan- Terengganu memperkenalkan kaunter Skuad Nasihat Ibu Hamil dan Khidmat Nasihat Awam yang disediakan secara percuma di klinik-klinik di setiap daerah di negeri ini bermula 1 Julai ini.

Ia diusahakan oleh Bahagian Undang-undang Keluarga Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan negeri bagi membantu meningkatkan kesejahteraan ibu, bayi dan keluarga.

Setiap kaunter akan ditempatkan dua orang pegawai JHEAT yang bertindak sebagai fasilitator dalam membantu ibu-ibu hamil mendapatkan segala maklumat mengenai kehamilan serta penjagaan bayi dalam kandungan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata, dua fasilitator tersebut kemudian akan bergerak dari satu klinik ke klinik lain di setiap daerah dengan waktu operasi bermula dari pagi hingga petang.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat, Kesihatan & Kebersihan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s