HSNZ Sedia Perkhidmatan Urut Lepas Bersalin Dalam Masa Terdekat

KUALA TERENGGANU, 19 Jun (Bernama) — Bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pesakitnya, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini akan mengadakan perkhidmatan urutan tradisional khususnya kepada para ibu lepas bersalin tidak lama lagi.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Anwa Sulaiman berkata perkhidmatan tersebut ditubuhkan di bawah Unit Perubatan Tradisional dan Sokongan di mana pihak HSNZ sebelum ini telah mempunyai beberapa pakar urut bagi pesakit yang mengalami masalah dalaman atau terseliuh serta perkhidmatan akupunktur.

“Menyedari keperluan perkhidmatan urutan selepas bersalin, inilah yang mendorong kami untuk menyediakan perkhidmatan tersebut khususnya bagi para ibu lepas bersalin mendapatkan rawatan urutan tradisional.

“Kita mempunyai beberapa pakar yang sememangnya mempunyai pengalaman dalam bidang urutan bersalin tradisional serta bertauliah, pengamal dalam perkhidmatan perubatan tradisional seperti terseliuh dan lain-lain lagi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di HSNZ di sini pada Selasa.

Dr Anwa berkata unit tersebut kini dalam proses pengubahsuaian bilik bagi rawatan urut lepas bersalin dan perkhidmatan itu akan bermula sebaik sahaja kerja-kerja ubah suai selesai dalam jangka masa terdekat.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat, Kesihatan & Kebersihan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s