Kembara Alam Pedal X Besut-Cameron-Titiwangsa bermula

Muhammad Pehimi Yusof melepaskan peserta Kembara Alam Pedal X Besut-Cameron-Titiwangsa di Besut, semalam.

 

BESUT 19 Jun (Utusan)- Sekumpulan 30 pelajar dan empat guru memulakan program berbasikal Kembara Alam Pedal X Besut-Cameron-Titiwangsa anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jabi hari ini.

Program selama enam hari melibatkan kayuhan lebih 900 kilometer itu dilepaskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Muhammad Pehimi Yusof yang turut dihadiri oleh Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Besut, Ab. Halim Hassan di pekarangan Bangunan Persekutuan Besut, Kampung Raja.

Penyelaras program, Mohd. Redzauddin Ismail berkata, program itu adalah kesinambungan aktiviti berbasikal jarak jauh yang dianjurkan SMK Jabi sebelum ini bagi menggalakkan aktiviti tersebut sebagai riadah dalam kalangan pelajar dan masyarakat.

Katanya, program itu turut mendedah para peserta termasuk lapan pelajar perempuan dari beberapa sekolah menengah di daerah ini dengan pelbagai keadaan yang perlu dihadapi sepanjang perjalanan.

Menurutnya, para peserta telah menjalani latihan selama lebih sebulan dan hanya 30 peserta berjaya melepasi tahap kelayakan.

“Konvoi itu akan singgah di beberapa lokasi iaitu Pasir Puteh, Machang, Kuala Krai, Gua Musang dan Lojing di Kelantan serta bermalam dua hari di Cameron Highlands dan akan pulang melalui Kuala Lipis, Tanah Merah, Machang dan kembali ke Jerteh pada 24 Jun ini,” ujarnya.

Redzauddin menambah, majlis penutup dijadual disempurnakan oleh Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Dr. Abdullah Md. Zin yang juga Penasihat Agama kepada Perdana Menteri di Dataran Jerteh Souq pada 24 Jun ini.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat, Permandangan, Pelancongan & Rekreasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s