Kurang Fokus Punca Penyu Dihukum Lions Di Laman Sendiri

KUALA TERENGGANU, 20 Jun (Bernama) — Kurang fokus dan gagal memanfaatkan peluang antara faktor skuad Terengganu dimalukan 0-1 oleh pendahulu liga, Lions XII dalam saingan Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini malam Selasa.

Jaringan pada masa kecederaan itu nyata mengejutkan dan tidak disenangi oleh ketua jurulatih Terengganu Peter James Butler di mana anak buahnya sebelum itu berjaya mengawal permainan namun menerima padah setelah leka hingga gagal memungut satu mata (jika seri) sehingga tamat permainan.

Katanya barisan pertahanan sedikit longgar pada masa kecederaan empat minit yang diperoleh dan kealpaan itulah memberi ruang buat pasukan lawan mencuri peluang pada penghujung permainan.

“Kami berjaya mengawal perlawanan… sepatutnya kami tidak berhak untuk kehilangan tiga mata penuh,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan malam Selasa.

Beliau berkata semua pemain menunjukkan prestasi yang hebat sepanjang 90 minit perlawanan namun segalanya berubah pada masa kecederaan iaitu kurang fokus menyebabkan skuad bimbingannya sukar untuk menempatkan diri dalam kelompok tiga teratas liga.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s