Pusat Sains, Kreativiti siap 2014

BESUT 20 Jun – Pembinaan Pusat Sains dan Kreativiti negeri bernilai lebih RM43 juta di Cendering, Kuala Terengganu dijangka siap sepenuhnya pada akhir 2014.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar berkata, kompleks di kawasan seluas 25 hektar itu kini sudah 76 peratus siap.

Beliau yang juga pengerusi pusat tersebut berkata, ia akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk proses pembelajaran dan pembangunan sains agar ia menjadi budaya bagi masyarakat di negeri ini.

“Pusat sains itu akan mempunyai lima komponen iaitu bangunan induk menempatkan Kompleks Utama Pusat Sains dan Kreativiti, Zon Dunia Maritim, Dunia Sains Tumbuhan, Dunia Angkasawan dan Kompleks Inkubator untuk kajian sains,” katanya selepas merasmikan Karnival Sains dan Inovasi di Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud (SKTM) II dekat sini semalam.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s