Enam Pekerja Kontrak Warga Asing Nyaris Maut Bangunan Runtuh

BESUT, 21 Jun (Bernama) — Enam pekerja pembinaan nyaris maut apabila bangunan tempat mereka bekerja di Padang Astaka, Jerteh di sini tiba-tiba runtuh dan menghempap mereka dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari Khamis.

Tiga daripada mereka yang terdiri daripada dua warga Indonesia dan seorang dari Bangladesh, sempat menyelamatkan diri dengan merangkak keluar daripada timbunan bangunan itu.

Manakala, tiga lagi mangsa iaitu dua warga Bangladesh dan seorang Indonesia yang terperangkap dalam runtuhan itu berjaya diselamatkan lebih dua jam kemudian dengan bantuan 15 anggota Bomba dan Penyelamat Jerteh, lapan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta 20 anggota polis.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria dalam sidang media berkata kesemua mangsa kini dirawat di Hospital Daerah Besut dan keadaan mereka masih lemah.

Katanya keenam-enam mangsa ialah Suksan Ali, 25, Fandi, 20, dan Ari, 31, masing-masing dari Indonesia manakala mangsa warga Bangladesh dikenali sebagai Raju, 42, Munawir, 20, dan Zilo,40.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s