Fakulti Pengajian Kontemporari Islam UniSZA Anjur Seminar Al-Quran Antarabangsa

KUALA TERENGGANU, 21 Jun (Bernama) — Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan menganjurkan Seminar Antarabangsa Al-Quran Dalam Masyarakat Kontemporari (SQ2012) selama dua hari mulai 1 Dis

Pengerusi SQ2012 Prof. Madya Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi berkata, seminar itu merupakan kesinambungan dari dua siri seminar dwi-tahunan pada tahun 2008 dan 2010.

“Kita menganjurkan SQ2012 dengan kerjasama World Islamic Sciences dan Education University (WISE) dari Jordan dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM),” katanya.

Beliau bercakap kepada Bernama selepas majlis penyerahan cek oleh penaja SQ2012 yang terdiri daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Bank Islam, Yayasan Taqwa, Kerajaan Negeri Terengganu, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) serta Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Selangor yang berjumlah keseluruhan RM36,000.

Manakala Hotel Permain Inn Kuala Terengganu menyumbang 10 buah bilik untuk penginapan semasa seminar itu yang akan berlangsung di dewan hotel berkenaan.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Islam. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s