Langgar lelaki gila tikam orang

DUNGUN Metro: “Saya bertindak melanggarnya kerana bimbang dia akan menikam orang lain,” kata Zafawi Abdullah, 31, yang bertindak nekad melanggar seorang lelaki dipercayai kurang siuman dengan motosikalnya ketika suspek melarikan diri selepas menikam seorang lelaki di Kampung Baru Kuala Abang, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.15 petang, mangsa, Khamis Sulaiman, 42, sedang minum di sebuah warung di kampung berkenaan bersama tiga rakannya, Faizul Izhan Rozali, 27, Fauzi Izairen, 25, dan Hamdan Muda, 40, sebelum dihampiri lelaki terbabit.

Keempat-empat sahabat terbabit menyangka lelaki itu hendak minum di warung sama sebelum suspek tiba-tiba bertindak menikam belakang badan Khamis dengan sebilah pisau yang dibawanya.

Melihat serangan itu, tiga rakan Khamis cuba menahan lelaki terbabit menyebabkan berlaku pergelutan sebelum suspek melarikan diri.

Akibat kejadian itu, Khamis luka di belakang badannya akibat tikaman itu, manakala Fauzi terseliuh bahu dan dua lagi rakannya cedera ringan.

Bagaimanapun, keempat-empat sahabat itu hanya dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Dungun, di sini.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu bertindak mengejar lelaki berkenaan yang melarikan diri dengan menunggang basikal untuk pulang ke rumahnya kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Zafawi berkata, ketika kejadian dia menunggang motosikal bersendirian sebelum terserempak dengan lelaki terbabit yang ketika itu mengayuh basikal dengan laju sambil membawa sebilah pisau.

“Saya yang dimaklumkan orang ramai mengenai kejadian berkenaan kemudian menyertai beberapa penduduk kampung mengejar lelaki terbabit kerana bimbang dia menikam orang lain pula terutama memikirkan ramai kanak-kanak bermain di sebuah taman permainan yang terletak berhampiran kawasan itu,” katanya.

Menurutnya, dia melanggar basikal dinaiki lelaki terbabit menyebabkan mereka sama-sama terhumban di atas jalan raya tetapi suspek bangkit semula sebelum mencapai basikal dan mengayuh pulang ke rumahnya.

“Saya luka di tangan akibat terjatuh, manakala lelaki itu melarikan diri ke dalam rumahnya untuk menyembunyikan diri,” katanya yang bertugas sebagai anggota bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, di sini. Wartawan Harian Metro yang berkejar ke tempat kejadian jam 7 malam kelmarin mendapati sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun masuk ke rumah lelaki itu untuk memujuknya supaya menyerah diri.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s