Perdana Menteri Puji Perkembangan Pesat IKS Terengganu

KUALA TERENGGANU, 21 Jun (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memuji perkembangan pesat industri kecil dan sederhana (IKS) di Terengganu dan mahu usaha itu diteruskan pada masa depan.

Dalam sidang video bersama Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said sempena majlis Himpunan Usahawan Terengganu 2012, Perdana Menteri berpuas hati dan yakin Terengganu mempunyai potensi besar dalam IKS dan dapat merancakkan ekonomi negara.

“Teruskan usaha ini, IKS adalah satu yang penting untuk ekonomi negara. Terengganu mempunyai potensi besar dan kemahiran yang kreatif. Saya harap dengan sokongan daripada kerajaan pusat dan kerajaan negeri, mereka (IKS) akan berkembang pada masa hadapan,” kata Najib.

Perdana Menteri berkata demikian selepas berucap pada majlis pelancaran SMIDEX 2012 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), hari ini.

Pada sidang video selama lima minit yang berlangsung di Wisma Darul Iman di sini, Ahmad sempat memberikan penerangan kepada Perdana Menteri berhubung perkembangan usahawan IKS di Terengganu.

Ahmad menjelaskan Terengganu telah menubuhkan sebuah yayasan dikenali Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) bagi membantu dan melatih pengusaha serta usahawan negeri ini, sejak Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad menjadi Menteri Besar Terengganu.

“YPU Terengganu telah mengeluarkan sebanyak RM20 juta pinjaman kepada pengusaha dan usahawan Terengganu merangkumi lebih 1,800 peminjam. Inilah satu usaha kerajaan negeri untuk melatih usahawan meneruskan perniagaan masing-masing,” katanya.

Sidang video itu, turut disaksikan lebih 2,000 usahawan Terengganu yang hadir dalam perhimpunan tersebut.

Pada majlis sama, Najib turut mengadakan sidang video dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Pada sidang media selepas majlis itu, Ahmad berkata pelbagai agensi seperti Yayasan Tekun Nasional (Tekun), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan YPU Terengganu telah banyak membantu usahawan di negeri itu memulakan perniagaan seperti memberi pinjaman modal.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan, Kerajaan & Pentadbiran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s