Terperangkap astaka runtuh

Oleh Mohd Nasif Badruddin dan Mohammad Ishak am@hmetro.com.my

JERTIH: “Saya ingat sudah hendak mati apabila dihempap runtuhan binaan,” kata pekerja warga Bangladesh dikenali sebagai Zilo, 40, yang terselamat dalam kejadian runtuhan astaka di Padang Astaka Kampung Raja, dekat sini, semalam.

Menceritakan detik cemas itu, Zilo yang sudah lima tahun bekerja kontrak di Malaysia berkata, ketika kejadian, dia sedang menyapu simen di astaka yang dalam pembinaan itu sebelum struktur konkrit pentas tiba-tiba runtuh.

Kejadian itu menyebabkan Zilo dan rakan senegaranya, Rajo, 42, cedera parah di pinggang dan kaki, manakala mata dimasuki simen serta pasir.

“Saya hanya mampu mengajak Rajo dan seorang lagi rakan, Munawir, 20, mengucap kalimah Syahadah. Kami apabila diselamatkan walaupun ketika itu separuh tubuh dilitupi simen yang tumpah,” katanya ketika ditemui di Wad Kecemasan Hospital Besut, di sini, semalam.

Munawir yang berasal dari Surabaya, Indonesia dan turut terperangkap kira-kira dua jam di bawah runtuhan berkenaan berkata, dia sukar bernafas sebaik dihempap.

“Saya tidak mampu bernafas akibat tubuh disalut simen dan pasir yang digunakan dalam pembinaan itu dari paras kaki hingga pinggang. “Saya menjerit meminta pertolongan hingga pengsan kerana terlalu lemah sebelum diselamatkan pada jam 3.20 petang,” katanya.

Menurutnya, sebelum kejadian dia dan rakannya mengesyaki ada sesuatu tidak kena dengan struktur binaan astaka itu apabila sebatang tiang konkrit beralih kedudukan.

“Sebelum runtuhan itu, kami sedang meratakan simen pada bahagian tangga pentas sebelum tiba-tiba kami dihempap sebatang palang konkrit dan simen yang masih basah,” katanya yang tidak dapat menggerakkan pinggang kerana sakit

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s