574 nelayan terima elaun

Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISAutusanterengganu@utusan.com.my

NIK Dir Nik Wan Ku (dua dari kiri) menyampaikan bantuan elaun sara hidup untuk nelayan kawasan Marang, Terengganu, semalam. – UTUSAN/ISWAN SHAFIQ MAT ISA

 

MARANG 22 Jun – Seramai 574 nelayan dari Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Marang menerima bantuan elaun sara hidup yang bertujuan meringankan beban mereka dalam menghadapi tekanan ekonomi disebabkan kenaikan harga barang.

Daripada jumlah itu, seramai 558 nelayan menerima RM200 setiap seorang manakala selebihnya menerima RM100.

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri, Mohd. Saffe Mohd. berkata, nelayan yang menerima bantuan RM100 itu merupakan kumpulan nelayan yang baru diluluskan untuk menerima elaun tersebut.

“Sebenarnya, separuh daripada elaun nelayan ini (yang baru menerima elaun) telah dipotong bagi tujuan pembayaran insurans.

“Keadaan itu sama seperti nelayan lain yang mendapat RM100 sebelum ini. Bagaimanapun, kali ini mereka mendapat elaun penuh (RM200),” katanya pada majlis bayaran elaun sara hidup secara tunai PNK Marang di sini semalam.

Hadir menyempurnakan majlis yang dibuat mengikut kawasan secara bulanan itu ialah Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Nik Dir Nik Wan Ku.

Salah seorang penerima, Hamirrisam Awang, 35, menganggap pemberian elaun sara hidup itu sebagai satu rahmat memandangkan dia tidak lagi dapat turun ke laut selepas mengalami kemalangan jalan raya hampir lapan tahun lalu.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana prihatin terhadap nasib kami para nelayan yang tidak mempunyai pendapatan menentu. Bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban yang terpaksa saya tanggung ketika ini,” kata bapa kepada tiga anak itu.

Seorang lagi penerima, Sulong Ibrahim, 67, turut bersyukur atas pemberian bantuan wang tunai itu.

Katanya, wang tersebut akan digunakan untuk membeli barang-barang keperluan dapur seperti gula, minyak dan beras untuk kegunaan seisi keluarga.

“Jadi nelayan sekarang tidak susah sangat macam dulu. Sekarang macam-macam bantuan diberi oleh kerajaan. Jadi, kita kena sentiasa bersyukur,” ujar bapa kepada sembilan anak itu.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s