Lima restoran jadi pilihan Skuad Sorak Goool di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Lima restoran di bandar raya ini terpilih sebagai lokasi kunjungan Skuad Sorak Goool Cruiser Harian Metro, di sini, semalam bagi memeriahkan kejohanan Euro 2012.

Penyelia Skuad Cruiser, Wan Hamidi Wan Hussin berkata, dua restoran terpilih adalah Restoran Tenang Seafood 2 dan Anis Azura di Taman Awam Batu Buruk, manakala tiga lagi adalah Mama Tomyam di Jalan Pusara, Hazlan Indoor Soccer Bistro di Kuala Ibai serta restoran Darwisy di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.
Menurutnya, skuad memulakan persiapan akhir jam 6 petang menjelang perlawanan tumpuan antara pasukan Sepanyol menentang Perancis pada awal pagi tadi.

Katanya, pelbagai cenderahati Hotlink dan Maggi, termasuk pelekat kereta Euro 2012, selain pek segera maggi diberikan kepada orang ramai yang berjaya menjawab soalan mudah berkaitan penaja kejohanan itu, Harian Metro dan Hotlink.
“Setakat ini, sambutan siri jelajah Skuad Cruiser sangat menggalakkan dan kebanyakan pelanggan ditemui teruja dan berpuas hati dengan siri jelajah berkenaan, selain ada yang memuji program dan meminta kami meneruskan program ini pada masa akan datang.
Kakitangan swasta, Khairul Nizam Mohammad, 22, menyifatkan penganjuran program Skuad Sorak Goool Cruiser Harian Metro satu lapangan untuk peminat bola sepak mendapatkan maklumat terutama mengenai Euro 2012.

“Saya membaca Harian Metro setiap hari dan dapat lihat keseronokan dan kemeriahan dibawa Skuad Cruiser di lokasi lain sebelum ini,” katanya.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s