Sukma: Tava Yakin Cipta Sejarah Rangkul Pingat Emas Buat Kali Pertama

KUALA TERENGGANU, 23 Jun (Bernama) — Persatuan Bola Tampar Negeri Terengganu (Tava) optimis pasukan bola tampar lelaki mampu merangkul pingat emas dalam temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 yang akan berlangsung di Pahang dari 7 hingga 16 Julai ini.

Setiausaha Tava Mohd Nasir Yusof berkata keyakinan itu berdasarkan pencapaian pemain yang begitu memberangsangkan dalam kejohanan bola tampar yang diadakan sebelum ini.

“Saya yakin berdasarkan rekod kejohanan yang disertai sejak Mac tahun ini, antaranya bawah 19 tahun kebangsaan apabila Terengganu menjadi juara, kita mampu membawa sinar ini ke Sukma Pahang,” katanya kepada Bernama di sini Sabtu.

Mohd Nasir berkata Tava akan mengemukakan pasukan terbaik bagi memastikan sasaran dan impian untuk merangkul pingat emas pertama dan sekali gus membantu Terengganu dalam sasaran mengutip 47 emas Sukma akan tercapai.

Menurut beliau Terengganu belum pernah memperoleh pingat emas bola tampar dalam sejarah Sukma dan ini menyuntik semangat pemain untuk melakar sejarah tahun ini.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s