Warga Emas Ditemui Mati Di Kediamannya Di Kampung Pengadang Baru

KUALA TERENGGANU, 24 Jun (Bernama) — Seorang warga emas ditemui mati di kediamannya di Kampung Pengadang Baru di sini Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata mayat Ramli @ Abdullah Mahmud, 73, ditemui terbaring di ruang tamu rumah oleh anak saudaranya yang datang melawat mangsa kira-kira pukul 7.15 malam dan bertindak menghubungi polis.

Beliau berkata semasa dijumpai, mayat berkenaan sudah kembung dan berbau busuk dan mangsa dipercayai meninggal dunia sejak empat hari lepas.

Katanya mangsa yang tinggal bersendirian di rumah milik anak saudaranya itu dipercayai menghidap penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis.

“Kebiasaannya anak saudara mangsa yang tinggal di Kuala Lumpur akan datang melawat mangsa sebulan sekali,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s