278 Pasangan Bermasalah Sertai ‘Bulan Madu Kedua’ Tidak Jadi Bercerai

KUALA TERENGGANU, 25 Jun (Bernama) — Sebanyak 278 pasangan suami isteri yang menghadapi krisis rumah tangga mengikuti program ‘Bulan Madu Kedua’ anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) sejak ia dimulakan pada 2009.

Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata pihaknya berpuas hati dengan program itu kerana tiada kes perceraian berlaku dalam kalangan pasangan yang menyertainya.

“Pasangan yang dipilih ini ialah mereka yang mengalami masalah rumah tangga kritikal sehingga sampai ke proses memohon perceraian di Mahkamah Syariah.

“Namun, setelah tamat program selama tiga hari dua malam ini, kebanyakan mereka akhirnya berbaik semula dan tiada lagi sebarang masalah rumah tangga selepas itu,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, Isnin.

Pada tahun ini, beliau berkata pihaknya bercadang mengadakan 10 sesi program bulan madu kedua itu dengan penyertaan 30 pasangan suami isteri bagi setiap sesi.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s