TNB Belanja RM300 Juta Untuk Projek Baru Di Pantai Timur

KEMAMAN, 25 Jun (Bernama) — Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan membelanjakan kira-kira RM300 juta bagi melaksanakan 11 projek barunya di Pantai Timur termasuk projek pembinaan pencawang masuk utama di kawasan perindustrian baru di Dungun.

Naib Presiden (Penghantaran) TNB, Datuk Rozimi Remeli berkata, peruntukan itu melibatkan perbelanjaan bagi tahun kewangan 2012 dan akan datang bagi memenuhi permintaan industri dan rakyat di Terengganu, Kelantan dan Pahang.

“Daripada jumlah itu sebanyak RM100 juta untuk membangunkan projek di seluruh Terengganu yang kebanyakannya projek baru bagi pembukaan kawasan industri yang baru,” katanya kepada pemberita Isnin selepas majlis perasmian Kempen Kesedaran Keselamatan Elektrik (KKKE) peringkat Negeri Terengganu 2012.

Kempen itu dirasmikan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Zakaria Hussin.

Sementara itu, Rozimi berkata, berdasarkan statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Tenaga bagi tempoh 2002 hingga 2011, sebanyak 599 kes kemalangan elektrik direkodkan membabitkan 301 kes kematian.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s