300 sertai Bulan Madu Kali Kedua

Oleh FAUZI MOHD. – utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 26 Jun – Program Bulan Madu Kali Kedua kelolaan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) telah dijadikan program bulanan dengan sasaran 300 pasangan menyertai program itu bermula tahun ini.

Pengarahnya, Mohd. Shafaruddin Mustaffa berkata, langkah itu dibuat berdasarkan sambutan menggalakkan para peserta, di samping mampu memulihkan hubungan suami isteri yang ‘bermasalah’ di negeri ini.

Sejak diperkenalkan awal tahun 2010 katanya, seramai 278 pasangan, kebanyakannya usia perkahwinan mereka lima tahun ke bawah telah menyertai program tersebut yang diadakan di pulau-pulau peranginan seperti Perhentian, Redang dan Langkawi.

“Pasangan yang dipilih kebanyakannya kalangan mereka yang mengalami masalah rumah tangga dan ada yang kritikal sehingga sampai kepada proses permohonan penceraian di Mahkamah Syariah.

“Dengan beberapa modul santai sepanjang tiga hari dua malam itu, harapan kita hubungan mereka kembali bertaut, seterusnya mengukuhkan institusi kekeluargaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Shafaruddin memberitahu, pada tahun ini, YPKT bercadang mengadakan 10 siri program Bulan Madu Kali Kedua dengan penyertaan 30 pasangan suami isteri bagi setiap sesi.

Katanya, program kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Mahkamah Syariah Terengganu itu dapat menyelamatkan institusi keluarga terutamanya pasangan usia perkahwinan masih muda.

Jelas beliau, menurut kajian pihak YPKT, dalam tempoh lima tahun usia perkahwinan, banyak berlaku penceraian ekoran pasangan tidak mampu menyesuaikan diri dalam alam baru perkahwinan.

“Fokus kita mahu kurangkan jumlah penceraian.

“Sejak lima tahun lalu, sejumlah 11,000 hingga 14,000 pasangan yang berkahwin di Terengganu dan daripada jumlah itu 10 hingga 15 peratus terlibat dalam kes penceraian,” ujarnya

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s