Kelab Unesco UMT Sasar 400 Anggota Menjelang Akhir Tahun Ini

KUALA TERENGGANU, 27 Jun (Bernama) — Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mensasarkan seramai 400 warganya menyertai Kelab Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) universiti itu menjelang akhir tahun ini.

Penasihat Kelab Unesco UMT itu, Dr Roslina Ismail berkata pihaknya mengharapkan sokongan dari warga UMT untuk menyertai kelab berkenaan bagi membolehkan universiti itu terus melangkah ke hadapan dalam aspek hubungan antarabangsa dengan negara-negara luar.

“Kita mahu pelajar dan kakitangan UMT menjadi golongan yang peka dengan isu-isu sejagat serta menjadi contoh bagi masyarakat di luar sana.

“Fokus kita tidak terhad terhadap isu-isu tempatan sahaja, sebaliknya akan melangkaui sempadan budaya dan geografi seluruh dunia,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, pada Rabu.

Kelab Unesco UMT itu buat julung kalinya mengadakan program Kesedaran Pemuliharaan Penyu bersama 100 murid dari sekolah berdekatan bagi mendedahkan kepentingan menjaga alam sekitar bagi kelestarian habitat spesis haiwan itu yang semakin terancam.

Dr Roslina yang juga Ketua Jabatan Ekologi dan Sosial UMT berkata aktiviti yang akan diadakan oleh Kelab Unesco universiti itu turut memberi pendedahan kepada masyarakat luar mengenai usaha yang telah dijalankan UMT selama ini, khususnya penjagaan sistem biologi marin di perairan negeri ini.

“Institut Oseanografi sebagai contohnya telah melahirkan banyak penyelidikan habitat marin dan ini adalah sebagai usaha untuk menarik lebih banyak kerjasama dengan pihak di luar sana agar berganding bahu dengan UMT dalam isu-isu penting antarabangsa.

“Pemahaman antara budaya juga akan diperluaskan lagi dalam program pertukaran pelajar asing yang kini berada di UMT supaya mereka turut memberi sumbangan dari segi sains, komunikasi dan budaya agar UMT terus kekal menjadi universiti pilihan dalam menawarkan pendidikan terbaik setaraf universiti lain di dunia,” katanya.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Alam sekitar & konservasi, Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s