Peter Butler Kecewa Terengganu Gagal Menang Di Tempat Sendiri

KUALA TERENGGANU, 27 Jun (Bernama) — Terengganu sepatutnya menang ketika menentang Kelantan dalam pertandingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, Selasa malam sekiranya dapat memanfaatkan peluang yang diperoleh mereka.

Jurulatihnya Peter Butler berkata Terengganu sungguh tidak bernasib baik kerana cuma mampu memperoleh satu mata dalam perlawanan yang berakhir seri 2-2 itu.

“Bagi saya keputusan itu tidak begitu menggembirakan kerana sepatutnya Terengganu menang dalam perlawanan itu,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut.

Menurut Butler Terengganu menguasai hampir keseluruhan perlawanan terutamanya dalam separuh masa kedua, namun nasib tidak menyebelahi mereka.

Terengganu ketinggalan 2-0 pada minit ke-5 dan ke-20 sebelum pasukan tuan rumah memperoleh gol pertama pada minit ke-40. Gol kedua Terengganu diperoleh minit ke-57.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s