Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin dedah seni deklamasi puisi kepada pelajar

Sebahagian peserta bengkel deklamasi puisi yang dianjurkan oleh Unit Kebudayaan dan Warisan PSMZA bergambar kenangan di Dungun, baru-baru ini.

DUNGUN 26 Jun Utusan – Unit Kebudayaan dan Warisan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin ((PSMZA) yang ditubuhkan dengan rasminya tahun ini mengorak langkah dengan beberapa kegiatan seni yang diberi nafas baru termasuk deklamasi puisi.

Baru-baru ini, unit itu menganjurkan bengkel deklamasi puisi selama dua hari dengan penglibatan 40 peserta yang terdiri daripada pelajar PSMZA, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun dan pelajar-pelajar sekolah sekitar daerah ini.

Bengkel dengan kerjasama Gabungan Penulis Nasional (Gapena) itu memberi pendedahan kepada peserta mengenai puisi dan memperkukuh pemahaman serta penguasaan terhadap seni deklamasi.

Para peserta antara lain diperkenalkan konsep deklamasi seperti kepelbagaian teknik, tatacara deklamasi di samping kesilapan dan kelemahan yang perlu dielakkan ketika menyertai sayembara.

Bengkel yang dikendalikan secara amali oleh Setiausaha Agung Gapena, Borhan Md. Zin ternyata menyedarkan para peserta bahawa deklamasi bukan sekadar lontaran suara yang tinggi, laungan dan jeritan atau pengucapan mendatar yang membosankan.

Penyampaian yang tegang dengan suara yang tinggi atau rendah sehingga ke akhirnya tidak akan memberi nilai, sebaliknya menimbulkan suasana hambar dan kebosanan pendengar.

Mereka diberi penjelasan agar memahami kandungan, mesej dalam puisi sebelum mendeklamasi. Ia perlu dipancarkan dengan penghayatan melalui olah suara bagi menyampaikan emosi kepada pendengar.

Peserta didedahkan dengan corak penyampaian yang harmonis dengan paduan unsur penghayatan, artikulasi dan alunan tinggi rendah suara.

Ia akan memberi kesan lebih mendalam dengan mimik-mimik wajah yang mencerminkan getar perasaan seperti sayu, geram, hiba, marah dan jelak.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Bahasa & Kesusasteraan, Berita, Pendidikan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s