UniSZA Mulakan Program Ladang Ternakan September Ini

KUALA TERENGGANU, 28 Jun (Bernama) — Fakulti Pertanian dan BioTeknologi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kampus Besut akan memulakan program ladang ternakan di atas tapak seluas 12 hektar di Pasir Akar, Hulu Besut mulai September ini.

Naib Canselor UniSZA Prof Datuk Dr Alias Daud berkata, ladang berkenaan merupakan sebahagian daripada 80 hektar tanah yang diberikan kerajaan negeri Terengganu kepada UniSZA untuk fakulti berkenaan mengadakan program sains haiwan.

“Untuk fasa pertama sebanyak 12 hektar daripada 80 hektar, kita sudah selesai memagar dan menanam rumput untuk ternakan haiwan seperti kambing, lembu dan juga ayam,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Dr Alias berkata, program berkenaan yang dinamakan Ladang UniSZA itu akan dikembangkan lagi sehingga mencapai keseluruhan 80 hektar bagi fasa kedua kelak.

Katanya, fakulti Pertanian dan BioTeknologi UniSZA terletak di Kampus Besut di kawasan berhampiran pantai yang tanahnya berasid, tidak sesuai untuk program pertanian.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Pendidikan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s