Pinjaman usahawan akan ditambah RM1 juta

Mohamed Awang Tera

KUALA TERENGGANU 1 Julai Utusan – Mulai tahun depan, kerajaan negeri akan menambah RM1 juta lagi untuk tabung pinjaman usahawan di negeri ini bagi membantu mengembangkan perusahaan kecil dan sederhana di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera berkata, ‘suntikan’ itu menjadikan dana tersebut berjumlah RM2 juta setahun bagi memenuhi keperluan usahawan tempatan.

“Kerajaan negeri menerusi Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) akan terus memainkan peranan proaktif termasuk cuba mengubah minda para usahawan agar lebih kreatif dalam memajukan lagi perusahaan mereka.

“Kalau boleh kita tak mahu mereka mengusahakan perusahaan secara kecil-kecilan sebaliknya perlu mengubah minda dengan membuat tambah nilai atas produk yang dihasilkan untuk lebih maju,” katanya di sini baru-baru ini.

Beliau menambah, buat masa ini, YPU berjaya melahirkan seramai 17,000 usahawan di negeri ini yang merangkumi pelbagai sektor perusahaan termasuk pembinaan, pertanian dan pelancongan.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s